Memulakan blog adalah cara yang paling mudah untuk berkongsi idea dan kepakaran anda dengan dunia.

 

Dan jika anda mahu, anda boleh menggunakannya untuk mempromosikan perniagaan anda — atau buat duit terus dari blog.

 

Sekarang membuat blog adalah lebih mudah dari sebelumnya.

 

Berapa banyak masa yang diambil untuk blogging?

 

Membuat sebuah blog adalah benar-benar mudah.

 

Walau bagaimanapun, memilih nama domain dan tema blog (yang menentukan bagaimana ia kelihatan) boleh mengambil sedikit masa jika anda tidak lagi mengetahui apa yang anda mahukan.

 

Mewujudkan konten yang berkualiti yang membuat pembaca anda mahu membaca boleh mengambil masa yang lebih lagi.

 

Contohnya, biasanya sebuah konten posting blog yang berkualiti mengambil masa lebih daripada 72 jam untuk disiaplan serta diletakkan gambar dan video.

 

Secara keseluruhannya, blog tidak perlu mengambil masa yang banyak. Ianya terpulang kepada anda untuk memutuskan betapa serius anda hendak mengambilnya.

 

Bolehkah saya menggunakan blog untuk membuat duit secara online?

 

Ya boleh.

 

Sesetengah top blogger yang berjaya membuat RM50,000 ke atas, dan kebanyakannya adalah pasif.

 

Terdapat banyak cara untuk menjana wang dengan blog anda. Ada orang yang menawarkan perkhidmatan, ada yang menggunakan program Google Adsense, ada yang menggunakan program affiliate dan ada yang menjual produk terus dari blog mereka.

 

Memilih platform blog anda

 

Untuk memulakan yang penting adalah memilih platform blog yang sesuai dengan anda. Terdapat beberapa platform untuk dipilih (tumblr, blogger dan sebagainya..).

 

Walau bagaimanapun, yang benar-benar menonjol dari semua adalah WordPress.

 

Ia adalah percuma, sangat mesra pengguna dan sempurna bagi orang-orang yang tidak pernah bina blog sebelum ini.

 

Pilih Nama Domain (www.BlogAnda.com)

 

Seterusnya anda perlu memilih nama domain.

 

Nama domain anda adalah penting kerana:

 

l Ia adalah "tanggapan pertama" kepada pelawat blog anda.

l Ia memberi kesan kepada kedudukan blog anda dalam enjin carian.

l Ia mentakrifkan jenama anda.

 

Dengan itu, anda perlu memikir nama yang sesuai untuk domain blog anda.

 

Daftar dengan hos web dan pasang WordPress

 

Web Hosting adalah perkhidmatan yang membolehkan blog anda diakses untuk semua orang. Ia menyimpan semua fail, gambar dan konten blog anda dan mempamerkannya kepada pelawat.

 

Jika anda tidak mempunyai hos web, anda tidak akan dapat menubuhkan sebuah blog untuk orang lain dapat melihatnya dan anda tidak akan dapat menggunakan nama domain anda sendiri.

 

Memilih hos web adalah salah satu aspek yang paling penting dalam mewujudkan blog anda.

 

Hos web yang tidak baik menyebabkan kebanyakan isu-isu yang ramai orang alami pada blog mereka. Sebagai contoh, perkhidmatan pelanggan yang lemah dan yuran tersembunyi…

 

Sekarang anda tahu bagaimana untuk memulakan blog, ianya terpolang kepada anda. Jadi, saya harap anda sudah bersedia untuk mengambil tindakan!